Ahad, 7 Februari 2016

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu Cina

Cikgu mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pelajar
dan guru-guru Cina. Semoga sentiasa sihat dan maju.


Kajian Tindakan : Untuk Siapa?

Perlukah Kajian Tindakan?

Pada masa kini kajian tindakan sudah menjadi suatu kewajipan yang perlu dilakukan oleh
para guru. Cara menjalankan kajian tindakan telah pun didedahkan kepada guru-guru pelatih
di IPG dan guru-guru di sekolah. Malah saya tidak melihat impak kajian tindakan dalam sistem
pendidikan kita. Daripada pengalaman saya, kebanyakan kajian tidak memberikan apa-apa kesan
dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Kajian-kajian tindakan hanya dijalankan apabila
dipaksa. Kajian tindakan belum menjadi budaya dalam sistem pendidikan kita.


Saya pernah membaca beberapa kajian tindakan di Perpustakaan Awam Singapura yang
dijalankan oleh guru-guru di Singapura. Mereka mengkaji amalan-amalan pedagogi terkini yang
dilancarkan oleh kerajaan Singapura. Saya mencadangkan supaya guru-guru muda membaca
manual Kajian Tindakan yang disediakan oleh EPRD. Manual ini amat menarik dan mudah
difahami dan digunakan.


1.      Abstrak
2.      Refleksi P & P
3.      Isu keperihatinan / Fokus kajian
4.      Objektif kajian
a. Objektif am
b. Objektif khusus
5.      Kumpulan sasaran
6.      Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
b. Analisis tinjauan masalah
c. Tindakan yang dijalankan
d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
i. Pelaksanaan aktiviti 1 – Pemerhatian, Refleksi
ii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi
7.      Refleksi kajian
i. Penilaian pencapaian tindakan
ii. Rumusan hasil dapatan kajian
iii. Refleksi proses P & P
8.      Cadangan untuk kajian seterusnya.

(Terima kasih : Pomizi Resources.Com)


Kajian tindakan boleh membentuk amalan-amalan pedagogi terbaik dalam pengajaran dan 
pembelajaran guru sekiranya dijalankan mengikut manual yang dicadangakan.

 

Contoh Kajian Tindakan : (sila klik untuk PDF)

Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan :

Sila tonton video di bawah bagi mengetahui cara hendak mengubahsuai sesuatu kajian tindakan.
Idea asal hendaklah daripada cikgu sendiri tetapi cara penulisan adalah hampir sama. Cikgu-cikgu
dinasihatkan supaya tidak meniru kajian kawan-kawan lain. Pengubahsuaian perlu dilakukan.

Selamat Mencuba.