Bidang 1 : Nilai Berkaitan dengan Perkembangan Diri
1.4 Nilai : Bertanggungjawab
Maksud : Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.
Kata kunci :
(i). memikul tugas
(ii). melaksanakan tugas
TINGKATAN 4
Latihan :
Soalan 1
(a) Apakah yang anda faham dengan pengurusan masa?
Pengurusan masa bermaksud merancang masa secara bijaksana dan bertanggungjawab iaitu
menguruskan masa untuk belajar, melakukan aktiviti kokurikulum, bersama-sama anggota
keluarga, beristirahat dan juga masa untuk diri sendiri.
(b) Apakah kepentingan menguruskan masa secara bertanggungjawab?
i. dapat mengurus dn menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan teratur dalam masa
yang ditetapkan.
ii. dapat mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
iii. dapat mengelakkan pembaziran masa.
iv. dapat mengelakkan kerja tertangguh dan memperoleh kepercayaan daripada guru,
rakan-rakan dan ibu bapa untuk melakukan sesuatu perkara.
(c) Pernahkan anda menguruskan masa secara terancang? Apakah kesannya?
Saya tidak pernah menguruskan masa secara terancang. Kesannya adalah seperti berikut:
i. semua kerja tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
ii. banyak kerja tertangguh
iii. berlaku pembaziran masa dan kita tidak mendapat kepercayaan daripada guru-guru,
rakan-rakan dan ibu bapa untuk melakukan sesuatu kerja.
(d) Sebagai seorang remaja yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda menguruskan masa?
i. membuat jadual waktu persendirian untuk belajar di rumah dan melakukan aktivti
kokurikulum disekolah.
ii. melaksanakan perkara yang dirancang dalam jadual waktu tersebut.
Isi kontennya bagus. Terimakasih
BalasPadamwichem