Petua Berjaya Dalam Pendidikan
Mempelajari sesuatu di dalam bilik darjah amat membebankan dan membosankan.
Pemikiran sebegini secara langsung telah memberikan kesan terhadap pencapaian akademik
pelajar. Dunia ini telah pun melalui jutaan pelajar dan pendidik serta ribuan terbitan dalam bidang
pendidikan. Namun, kita masih tidak berjaya mencapai
formula untuk semua pelajar berjaya dalam pendidikan.
Para pelajar harus faham bahawa peperiksaan dalam sistem pendidikan kita hanyalah suatu
aktiviti
RECALL sahaja. Hal ini bermakna para pelajar perlu mengingati sukatan pelajaran dan
menyajikan apabila diminta. Saya mencadangkan supaya para pelajar mengamalkan tiga fasa
berikut untuk memudahkan pembelajaran anda di sekolah.
FASA 1 :
(a) Menghafal ( Fakta )
(b) Memahami ( Huraian / Contoh )
Pada peringkat permulaan, pelajar perlu menghafal kata kunci atau fakta-fakta penting.
Ini biasanya dalam bentuk huruf tebal dalam buku teks. Selepas itu, pelajar harus memahami
huraian yang diberikan atau penjelasan guru di dalam bilik darjah. Saya cadangkan supaya jangan
menghafal huraian kerana soalan peperiksaab adalah berbentuk
KBAT. Pelajar harus
menghuraikan berdasarkan pemahaman anda sendiri. Oleh itu, dengar penerangan guru
di dalam bilik darjah.
FASA 2 :
(a) Latihan
(b) Mengulangkaji
Pada peringkat kedua, pelajar perlu menjawab latihan yang diberikan oleh guru di sekolah.
Memperbaiki kesalahan/kelemahan pelajar amat penting. (Buat pembetulan).
Selepas itu, cuba melatih diri anda menjawab soalan sebenar peperiksaan tahun-tahun lepas.
Pada fasa ini, anda sudah pasti memahami kehendak soalan.
FASA 3 :
(a) RECALL
Pada peringkat ketiga, anda sudah pun bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Selepas berjaya melepasi fasa 1 dan fasa 2, saya pasti anda akan berjaya RECALL fakta untuk
menjawab soalan.
Para pelajar kena ingat :
Selamat Belajar dan Selamat Berjaya.