Khamis, 24 Disember 2015

Persediaan Awal Ke Sekolah Menengah (2016)

Para pelajar perlu membuat persediaan awal sebelum ke sekolah.
Pastikan matlamat anda adalah :
" PERGI DENGAN HARAPAN & BALIK DENGAN KEJAYAAN"
Selalu ingat pengkorbanan ibu bapa anda ...


1. Persediaan Fizikal 
    (i).   Alat tulis - sediakan pen, pensil, pemadam, pembaris dan kalkulator.
    (ii).  Buku Teks, Buku Latihan, Buku Rujukan, Test Pad.
    (iii). Pakaian - 2 pasang uniform sekolah, kasut
    (iv). Rambut - ikut peraturan sekolah (jangan berwarna)
    (v).  Kuku - pendek

2. Persediaan Mental
    (i).   Disiplin - sentiasa ikut peraturan sekolah, jika ada masalah segera hubungi guru disiplin.
           Atau mana-mana guru di sekolah anda.
    (ii).  Sikap - tanamkan minat belajar dan berjaya
    (iii). Rakan Sebaya - berkawan dengan pelajar bersikap positif dan ada daya maju
    (iv). Dengar - tanamkan sikap sentiasa mendengar arahan, nasihat, pengajaran guru sekolah
    (v).  Amalan - sentiasa amalkan selepas mendengar.

3. Kewangan
    (i).  Sumber - para pelajar pelu memahami keadaan kewangan keluarga anda.
          Pelajar yang menghadapi masalah, sila berjumpa dengan guru kebajikan pelajar sekolah.
    (ii). Merancang -  pelajar perlu merancang simpanan untuk yuran sekolah, perbelanjaan harian
          dan membeli nota guru dan lain-lain.

Masalah warga pelajar seluruh dunia adalah hampir sama ... cuma para pelajar harus amalkan nasihat yang diberikan oleh guru-guru anda. Pasti anda akan berjaya satu hari nanti. SELAMAT BELAJAR.

4 ulasan:

  1. Nampaknya aktif berblog sekarang. Teruskan usaha murni anda

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang baik. Akan saya panjangkan Ilmu ini kepada para pelajar Sekolah Rendah

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang baik. Akan saya panjangkan Ilmu ini kepada para pelajar Sekolah Rendah

    BalasPadam