Isnin, 28 Disember 2015

Tabiat Yang Perlu Diamalkan [1]

7 Tabiat Penting Perlu Diamalkan (Stephen R. Covey & Sean Covey)

Saya pernah menghadiri beberapa siri seminar motivasi dan telah pun membaca beberapa buku
motivasi tetapi masih tidak menguasai apa yang diingini. Setelah puluhan tahun saya tidak sedar bahawa membaca dan mendengar sahaja tidak membawa apa-apa perubahan. Malah hendaklah mengamalkannya atau melatih diri kita untuk mengamalkannya. Oleh itu, saya menyeru para pelajar supaya mengamalkan 7 tabiat yang dicadangkan oleh Stephen R. Covey dan Sean Covey.


Tabiat 1 : Bersikap Proaktif (Be Proactive
               Bertanggungjawab terhadap hidup anda / bertindak lebih awal bukan setelah 
               sesuatu berlaku
               (Take responsibility for your life.)

Tabiat 2 : Bermula Dengan Matlamat (Begin with the end in mind)
               Tentukan matlamat dalam kehidupan
                (Define your mission and goal in life.)

Tabiat 3 : Lakukan Sesuatu Mengikut Keutamaan (Put first things first)
               Lakukan sesuatu mengikut keutamaan
               (Prioritize, and do the most important things first.)

Tabiat 4 : Fikirkan Sama-Sama Menang (Think Win-Win) 
               Tentukan sama-sama mendapat faedah
               (Have an everyone can win attitude)

Tabiat 5 : Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita (First seek to understand 
               then to be understood) 
               Memahami orang lain dahulu sebelum orang memahami kita
               (Listen to people sincerely)

Tabiat 6 : Gemblengkan Tenaga (Synergize)
               Jalin kerjasama dan kukuhkan ikatan
               (Work together to achieve more)

Tabiat 7 : Tajamkan Gergaji (Sharpen the saw)
               Memperbaharui tekad dan membuat perubahan diri
               (Renew yourself regularly


Sesuatu yang kita lakukan pada setiap hari akan menjadi amalan dan membentuk tabiat kita dan mengubah sikap kita dan seterusnya menjadi tingkahlaku kita.

Amalan ---->   Sikap   ---->  Tingkahlaku
  
Saya nasihatkan supaya para pelajar cuba mengamalkan setiap tabiat yang dicadangkan selama 10 hari dan lihatlah perubahan sikap anda. Pasti akan berubah.
(Contoh : Sikap positif - selepas minum, kotak minuman dibuang ke dalam tong sampah.
              Sikap negatif - selepas minum, letak kotak minuman di tangga atau di tepi tingkap)

Selain itu, cuba amalkan nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah. Hidup anda akan lebih bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan