Ahad, 27 Disember 2015

Kemiskinan dan Pendidikan

Putaran Keganasan Ekonomi

Para pelajar yang saya sayangi. Anda harus faham keadaan sosioekonomi keluarga anda.
Banyak kajian menunjukkan kemiskinan sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pendidikan kanak-kanak.
Kemiskinan di Malaysia selalunya dirujuk kepada pendapatan minimum isi rumah.
Para pelajar harus faham bahawa faktor kemiskinan boleh menghalang keinginan dan keupayaan
seseorang untuk berjaya dalam pendidikan.

Poor and Rich



Saya menasihatkan para pelajar supaya memecahkan putaran keganasan ekonomi yang dialami.
Aktiviti ekonomi keluarga kita dipengaruhi oleh putaran "circle" dan bersifat menurun.
Contohnya, jika anda dilahirkan di dalam keluarga yang berpendapatan tinggi,
besar kemungkinan anda kurang menghadapi halangan untuk berjaya.

Tulisan ini khas untuk para pelajar di kelas belakang yang tidak memahami putaran keganasan ekonomi.


Putaran Kemiskinan
Sila lihat putaran kemiskinan di atas, putaran ini harus dipecahkan oleh para pelajar.
Percayalah bahawa pendidikan sahaja mampu memecahkan putaran ini.
Oleh itu, para pelajar hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita anda.

Kemalasan adalah musuh utama anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan