Kita cuba, kita gagal. Sebanyak 20% usaha kita sahaja yang berjaya.
80 % usaha kita gagal. Dalam seminar-seminar motivasi dinyatakan bahawa segala
usaha kita akan berjaya. Tetapi dalam realitinya tidak sebegitu.
Hal ini disebabkan kegagalan dalam penggunaan strategik yang betul. Para pelajar sekalian,
cuba bayangkan dua situasi berikut :
(a) Strategik A : Tuang air ke dalam botol tanpa corong turas - air akan melimpah keluar.
(b) Strategik B : Tuang air ke dalam botol dengan menggunakan corong turas - air tidak
akan melimpah keluar.
Kesimpulan : Strategik B adalah lebih berkesan.
Begitulah keadaannya dalam pembelajaran. Para pelajar harus menggunakan strategik yang
betul untuk menghafal dan memahami sesuatu mata pelajaran. Saya tertarik dengan pandangan
dan pengajaran dua tokoh berikut :
(a) Adam Khoo
(b) Tony Buzan
Jika ada peluang sila pinjam dan baca buku-buku ini dari perpustakaan di tempat anda.
Buku Adam Khoo |
Buku Tony Buzan |
i-think pula diajar di sekolah. Kedua-dua strategik ini akan membantu para pelajar untuk menghafal
dan memahami sesuatu mata pelajaran.
Video-video berikut boleh membantu anda untuk memahami peta minda dan belajar cara belajar.
(Adam Khoo)
(Tony Buzan)
Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan